Yoon Park sah milik model jelita

PELAKON Yoon Park akhirnya bergelar suami kepada model jelita, Kim Soo-bin.

Pasangan pengantin itu meraikan hari bahagia mereka di Seoul pada 2 September lalu.

Media Korea Selatan melaporkan majlis resepsi pasangan sama cantik sama padan itu berlangsung secara tertutup yang hangat dihadiri keluarga dan teman rapat.

Selain keluarga dan sahabat, rakan artis yang hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan termasuklah penyanyi John Park dan kumpulan 2AM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok