345
PELAWAK, Park Na-rae berdepan detik cemas apabila disambar api semasa menjalani sebuah penggambaran.
Dia kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan segera.
Kejadian itu berlaku ketika Na-rae tergesa-gesa menyiapkan pesanan untuk makan malam dalam sebuah rancangan aneka ragam.
Suasana lokasi penggambaran bertukar panik apabila tangan dan wajah Na-rae tiba-tiba disambar api.
Begitupun, keadaannya dilaporkan stabil dan perlu berehat untuk beberapa hari.