[VIDEO] Sedar dah tua, Faizal Tahir enggan lagi rakam lagu cintan-cintun

KUALA LUMPUR – Seiring dengan peningkatan usia, penyanyi Faizal Tahir enggan lagi mencipta dan menyanyikan lagu-lagu berunsurkan percintaan kerana merasakan tidak lagi sesuai mendendangkan karya sedikian.

Faizal atau nama lengkapnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 45, ketika ditemui HibGlam malam tadi berkata, sebagai bapa kepada tujuh orang cahaya mata, dia merasakan tidak lagi sesuai menyanyikan lagu-lagu ‘jiwang’ yang mengisahkan percintaan sesama manusia.

“Ketika saya keluar dengan lagu Mahakarya cinta (single pertama), usia saya 28 tahun dan diikuti dengan lagu-lagu lain bercorak percintaan dan jiwang.

“Sekarang usia saya sudah pun mencecah 45 tahun. Saya rasa tidak sesuai lagi untuk menyanyikan lagu sebegitu. Isteri saya pun mungkin tidak suka kalau saya nyanyikan lagu-lagu percintaan.

“Sebagai anak seni, saya rasa semua penyanyi akan melalui satu fasa dalam berkarya dan membuat keputusan termasuk lagu-lagu yang akan dikeluarkan nanti,” ujarnya.

Tambah Faizal, selain memikirkan tentang faktor usia, keluarganya juga menjadi penyebab utama dia tidak mahu lagi bermain dengan karya berunsurkan percintaan.

FAIZAL mahu hasilkan karya relevan dan menjadi contoh terbaik untuk anak-anaknya.

Kata bekas pemenang tempat kedua pertandingan realiti, One In A Million musim pertama itu, dia mahu karya yang relevan dan menjadi contoh terbaik untuk anak-anaknya menerusi lagu yang akan disampaikan.

“Kalau dahulu saya memikirkan tentang kepuasan diri saya dan peminat. Tapi sekarang saya memikirkan tentang anak-anak yang semakin membesar.

“Saya mahu apa yang saya lakukan relevan untuk mereka. Saya ada anak-anak yang perlu dijaga. Saya tidak ada masa 100 peratus dengan anak-anak. Jadi saya harus keluarkan produk atau lagu yang ada kaitan dengan mereka.

“Sebab itu lagu-lagu saya sekarang bersifat lebih ringan, sanyai dan ada unsur nasihat. Sebab saya harus berikan contoh yang baik untuk anak-anak,” jelasnya.

Konsert Aku Faizal Tahir Live in Kuala Lumpur yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam tadi itu menyaksikan kehadiran kira-kira lebih 3,000 peminatnya. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok