[VIDEO] Baby Shima lucu! Mengajuk dialog Mondy Tattoo

VIDEO parodi penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima ‘menjelma’ sebagai Mondy Tatto menarik perhatian ramai yang terhibur dengan aksinya.

Menerusi video yang dikongsikan Shima atau nama lengkapnya Nor Ashima Ramli, 27, dalam Instagram miliknya, penyanyi itu dilihat melakonkan semula aksi Mondy sewaktu ditemu bual bersama Caprice dalam sebuah rancangan podcast, The Mondy Tattoo Interview.

Dalam video tersebut, Shima yang melukis tatu paslu pada wajahnya telah menggunakan semula suara Mondy yang mendakwa dirinya menjadi mangsa seksual pendakwah selebriti terkenal, Ebit Lew.

“Dia usap seperti ini. Hampir ketahuan tu. Ditutupilah pakai beg dia di depan ini. Dia pakai ini, langsung dia berdiri, langsung dia tarik ininya. Lepas itu tutup, tutup, tutup langsung dia begini.

“Aku lagi kaget. Mau cium aku. Pegang-pegang tanganku. Usap-usap pipiku. Gitukan. Itu baru hari pertama,” katanya ketika mengajuk semula dialog Mondy.

Aksi spontan pelantun lagu Pura-Pura Bujang itu sekali gus menarik perhatian pengikutnya yang terhibur berikutan Baby Shima berjaya ‘menjelma’ sebagai Mondy.

Malah, ada yang menyatakan pertama kali menyukai konten yang dikongsikan penyanyi itu.

“Menjadilah lakonan ini,” ujar seorang pengikutnya.

“Kali pertama aku suka konten kau,” ujar seorang lagi netizen.

“Ingatkan Mondy. Rupa-rupanya Baby Shima,” kata seorang pengguna Instagram.

Sehingga artikel ini ditulis, video parodi tersebut telah mendapat 1,452 komen dan dikongsi  lebih 1,000 kali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Terdahulu, nama Ebit Lew sekali lagi panas apabila Mondy mendedahkan dakwaan pendakwah itu pernah melakukan perbuatan ‘jijik’ terhadap dirinya termasuklah memegang tangan dan pipinya.

Enggan berdiam diri, Ebit tampil mempertahankan diri dengan membuat laporan polis dan menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa serta peguamnya untuk melakukan siasatan seterusnya mengambil tindakan selanjutnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok