Ulang tahun ke-15, IU derma RM1 bilion

BUKAN berparti, sebaliknya IU mengingati sambutan ulang tahun ke-15 keberadaannya dalam industri dengan cara menyalurkan dana kewangan kepada pihak memerlukan.

Pihak pengurusannya, EDAM Entertainment memaklumkan, penyanyi jelita itu mendermakan 300 juta won atau RM1 bilion kepada tiga buah institusi iaitu Hospital Asan, Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Korea dan Hospital Kanak-Kanak Seoul.

Dana itu didermakan di bawah nama IUAENA yang merupakan gabungan nama penyanyi itu bersama kelab peminat rasminya, UAENA.

Bintang drama Hotel Del Luna itu sememangnya terkenal dengan sikap murah hati dan gemar menyalurkan sumbangan  kepada pihak yang memerlukan bantuan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok