[VIDEO] To Sulli tayang Oktober

SELEPAS empat tahun terperap, filem dokumentari To Sulli yang mengandungi penampilan dan temu bual terakhir bersama bintang K-pop, Sulli bakal ditayangkan buat pertama kalinya semasa Festival Filem Antarabangsa Busan ke-28 Oktober ini.

Dokumentari tersebut akan membawa penonton menyelami pemikiran dan pengalaman Sulli melalui temu bual terakhirnya.

“Dokumentari ini akan membawa penonton masuk ke dimensi berbeza. Mulanya, projek ini bertajuk Pesona: Sulli sebagai sebahagian daripada siri Pesona musim kedua. 

“Dalam siri unik ini, seorang pelakon menjadi inspirasi untuk lima filem pendek yang berbeza, setiap satu diterajui pengarah berbeza. Musim pertama menonjolkan penyanyi IU menerima pujian meluas.

“Semasa penggambaran filem pendek kedua Pesona: Sulli pada Oktober 2019, Sulli meninggal dunia secara mengejut. Jadi, penerbitannya tergantung sementara,” jelas wakil festival.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok