Tiada ‘shortcut’ buat saya – Ahirine

MASIH baharu dalam bidang lakonan, aktres berkulit sawo matang bernama Ahirine itu percaya perjalanan seninya masih lagi jauh.

Berstatus kepada anak kepada pengamal media berpengaruh Ahirudin Attan, perihal tersebut bukanlah jalan mudah buat wanita lasak itu membina nama dengan mudah di persada seni tanah air.

Ujarnya, dimarahi untuk memastikan kualiti lakonan menjadi lebih baik adalah perkara yang harus dihadapi, terutama sebagai pendatang baharu sepertinya.

Bukan sahaja beroleh ilmu, teguran pengarah juga mengajarnya menjadi artis lebih cekal dalam dunia seni yang penuh dengan onak duri.

Sejak jadi pelakon, ramai pesan supaya ada mental yang kuat, terutama di set penggambaran. Kini saya yang perlu hadap walaupun kena marah di hadapan pelakon lain.

“Selalunya saya dimarahi Jason sebab gagal memberi lontaran dialog yang baik, seperti kurang penghayatan dan sekadar habiskan skrip.

Namun, saya terima semua teguran dan tiada rasa malu pun dan saya sendiri yang minta supaya kena marah agar tak ulang perkara sama lagi,” ujar si cantik tinggi lampai itu.

Ahirine muncul dengan filem terbaharu berjudul Tebus yang mendapat reaksi positif ramai peminat. – KOSMO!/MOHD. FIRDAUS JOHARI.

Sedar ilmu lakonannya masih cetek, Ahirine juga sanggup menghadiri mana-mana sesi uji bakat demi meraih mertaih tempat dalam karya filem mahupun drama, sekali gus membuktikan dirinya serius untuk melebarkan sayap dalam dunia lakonan.

Tegasnya, tiada istilah jalan singkat untuk bergelar bintang.

“Saya sudah cakap dengan pihak pengurusan untuk hadiri uji bakat dulu sebelum terlibat dalam sesebuah naskhah.

Tiada ‘shortcut’ dan itu prinsip saya sejak melangkah kaki ke dalam bidang ini.

“Saya nak pergi ‘casting’ sebab tak mahu malukan diri dan produksi sekiranya hasil kerja tidak memuaskan,” kongsi bintang filem Tebus itu.

Artikel penuh, layari www.kosmo.com.my atau dapatkan akhbar Kosmo! secara fizikal di kedai-kedai berhampiran.

 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok