[VIDEO] ‘The Kardashians Malaysia’ teruja jumpa Paris Hilton

BUKAN lagi muda remaja dan lama tidak mengisi ruangan sensasi dunia Hollywood, kehadiran sosialit popular Paris Hilton di Kuala Lumpur  tetap menjadi tumpuan peminatnya.

Antara yang tidak melepaskan peluang berkongsi momen mengujakan termasuk pelakon Afifah Nasir bersama adik-beradiknya.

Bintang filem Budak Kripto bersama tiga saudara kandungnya menjadi antara tetamu yang diundang memeriahkan majlis pelancaran wangian terbaharu keluaran pewaris rangkaian hotel terkemuka, Hilton itu.

Dalam video dikongsikan Afifah, 30, kelihatan mereka berempat termasuk Nadirah, Mia serta Diana, masing-masing berdiri di sebelah kiri dan kanan Hilton sambil memegang produk wangian tersebut.

AFIFAH tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan terindah dengan bintang terkenal antarabangsa, Paris Hilton.

Tidak mensia-siakan peluang beramah mesra, pelakon House of Wax itu sempat memuji kejelitaan empat wanita bersaudara itu seolah-olah sudah kenal lama.

Sisters, you’re gorgeous,” puji Hilton kepada anak-anak bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim.

Kemeriahan  suasana turut terisi apabila Hilton secara spontan tidak lokek bersama-sama beraksi saat lagu popularnya, Stars Are Blind dinyanyikan Afifah.

Biarpun dalam tempoh singkat, pertemuan bersama bintang realiti Simple Life nampak begitu bermakna buat semua yang hadir ke acara berkenaan, termasuk Hilton sendiri.

Perkongsian video pertemuan tersebut yang dimuatnaik adik kepada pelakon Anzalna itu dalam Instagram turut menerima balasan Hilton.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap peramah Hilton melayani peminat, selain mengakui sejuk mata melihat busana yang digayakannya.

Tidak kurang juga memuji kejelitaan empat bersaudara yang tampil memukau bergaun hitam sehingga didakwa boleh membuatkan Hilton terkeliru, adakah mereka itu The Kardashians Malaysia.

“Jangan dia ingat kalian Kardashians Family versi Malaysia sudahla,” seloroh seorang peminat.

Sebelum terbang ke Kuala Lumpur, figura berusia 42 tahun itu lebih daulu singgah di Bangkok, Thailand.

Kemunculan Hilton ke Malaysia sebenarnya bukan satu kejutan. Pada 29 Ogos lalu tular ciapannya dalam platform X yang tidak sabar bertemu peminat Malaysia bersempena pelancaran wangian Ruby Rush.

Ini adalah kunjungan keduanya ke negara ini selepas diundang memeriahkan majlis pembukaan rasmi pusat beli belah Empire City, Damansara Perdana pada 2015. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok