1.1K
SUSULAN aksi terkangkang dan mencangkung di atas pentas ketika mengadakan persembahan di Universiti Sungkyunkwan, Korea Selatan pada Mei lalu, penyanyi Hwasa dipanggil pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
Kemunculan Hwasa atau nama sebenarnya, Ahn Hye-jin di pusat pengajian tinggi itu didakwa memaparkan aksi keterlaluan apabila dia menjilat tangan sebelum menyapu ke bahagian kelangkangnya.
“Kami telah memanggil pengadu serta Hwasa untuk disoal siasat dan kini sedang mengumpul maklumat berkaitan daripada agensi pengurusannya.
“Selain itu, kami juga menyemak sumber lain untuk mendapatkan maklumat lebih tepat mengenai kontroversi tersebut,” kata pihak polis.