Tak ‘update’ sebab tiada idea – Abby Abadi

 “Jangan risaukan saya. Tak ‘update’ sebab tak ada idea”.

Demikian penjelasan Abby Abadi yang juga ibu kepada pensohor media sosial sensasi, Marissa Dania Hakim berhubung tiada sebarang hantaran di muat naik dalam Instagramnya.

Bekas anggota kumpulan Elite itu menyatakan dirinya dalam keadaan baik, selain memaklumkan kini berada di luar daerah atas urusan perniagaan.

“Alhamdullillah. Semuanya okey sahaja. Saya di Melaka sekarang, uruskan JaiTech Solutions.

“Doakan segala urusan kami dipermudahkan ya,” tulisnya dalam perkongsian Instagram Story, semalam.

Tampak tenang, hantaran lain yang dimuat naik menampakkan fokus kamera menghala kepada beberapa individu dipercayai pekerja syarikatnya.

Terdahulu, sejak Jumaat lalu nama Abby dan bekas suaminya, Norman Hakim panas berikutan kontroversi membabitkan anak kedua mereka, Marissa Dania Hakim.

Marissa yang berusia 18 tahun didakwa seorang ibu kepada dua anak kecil sebagai pemusnah rumah tangganya sekali gus mengakibatkan laman sosial Abby dan Norman diserang netizen.

Wanita itu turut memaklumkan sudah meminta izin daripada kedua-dua selebriti terbabit untuk menularkan kisah  kecurangan berkenaan di media sosial dan membuat laporan polis.

Begitupun, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 45, dalam perkongsian akhir di Instagram Story pada Jumaat lalu memaklumkan sedang memberi ruang kepada netizen berkata-kata sebelum menjawab tohmahan itu – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok