Tak sihat, Moon-sua direhatkan

ANGGOTA kumpulan Billie, Moon-sua terpaksa direhatkan buat sementara waktu daripada melakukan sebarang persembahan berikutan masalah kesihatan.

Label pengurusa Billie, Mystic Story dalam satu kenyataan memaklumkan, meskipun Moon-sua direhatkan, aktiviti promosi kumpulan Billie tetap diteruskan seperti yang dirancang.

“Kami mohon semua peminat faham Moon-sua telah dinasihatkan untuk berehat secukupnya buat masa ini bagi memastikan kesihatannya kembali stabil seperti sedia kala.

“Ahli kumpulan Billie yang lain iaitu Haruna, Sheon, Siyoon, dan Tsuki tetap akan melaksanakan segala aktiviti mereka seperti mana yang dijadualkan.

“Untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang bakal menyusahkan produksi lain, Tsuki akan menggantikan Moon-sua sebagai hos dalam Show Champion,” kata wakil Mystic Story.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok