Taehyung lelaki paling kacak di dunia

MENGUNGGULI undian peminat, anggota kumpulan BTS, Taehyung atau lebih dikenali sebagai V kini dinamakan sebagai Lelaki Paling Kacak Di Dunia Tahun 2023.

Menerusi senarai yang dikeluarkan TechnoSports, penyanyi berusia 28 tahun itu utuh menduduki tempat pertama selepas menewaskan sembilan selebriti lain, termasuk Robert Pattinson, Hrithik Roshan dan Tom Holland.

Lebih menarik, Taehyung berjaya mengekalkan kedudukannya di tangga teratas untuk tempoh beberapa bulan lamanya.

Sentiasa tampil dengan karisma tersendiri dan popular di seluruh dunia, kredibiliti dan pengaruh bintang K-pop itu tidak dapat disanggah lagi.

Tahun ini merupakan tahun kedua Taehyung dalam senarai lelaki terkacak dunia.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok