Syasya kecewa difitnah mabuk, kurang ajar

SATU persatu dugaan dihadapi kumpulan Dolla. Selain Sabronzo yang selalu dikecam sebab seksi, sekarang Syasya pula dituduh minum arak. Betul ke?

Walaupun telah menafikan selain mengakui tidak pernah menyentuh minuman keras yang dijadikan hidangan tekak dalam majlis sebuah majlis dihadirinya, dia tetap dikecam hebat.

Dalam satu wawancara, cucu kepada pelakon senior Rozie Othman itu turut menegaskan video yang tular adalah rakaman lama.

Kasihan pula Mizz Lahar kepadanya. Selain isu minuman keras, difahamkan Syasya turut didakwa bersikap agak biadab apabila menunjukkan muka seolah-olah kurang selesa semasa mengulas isu berkenaan dalam satu temu bual.

Bertabahlah ye Syasya, nak jadi selebriti memang hati kena kental. Tak boleh cepat melatah atau kuat sentap.

Mizz Lahar: Seorang pemuzik wanita khabarnya dah songlap puluhan ribu duit seorang individu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok