Sunmi lancar lagu baharu Oktober

SELEPAS setahun menyepikan diri, penyanyi Sunmi dikatakan sedang dalam rangka membuat kemunculan semula.

Berita baik tersebut disampaikan wakil pengurusannya, Abyss Company.

“Sunmi kini bersemangat menyiapkan video muzik lagu baharunya yang bakal dilancarkan pada Oktober nanti,” kata wakil Abyss.

Jika selama ini Sunmi terkenal konsep bunyi dan visual video muzik sangat kreatif, imej kemunculan terkini penyanyi berusia 31 itu pastinya dinanti peminat yang tidak sabar mahu melihat apa yang bakal ditonjolkannya kali ini.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok