Suga pula masuk tentera

SELEPAS J-Hope dan Jin, kini tiba giliran Suga menjadi anggota ketiga kumpulan BTS yang bakal menyahut panggilan negara menjalani perkhidmatan ketenteraan wajib di Korea Selatan.

Pihak agensi kumpulan itu, Bighit Music memaklumkan bahawa penyanyi rap terbabit sedang membuat persiapan menyertai ketenteraan pada 22 September ini.

“Tidak ada sebarang acara rasmi semasa hari pendaftaran.

“Kami harap peminat tidak melawat kem sepanjang tempoh perkhidmatan,” kata wakil agensi dalam satu kenyataan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok