[VIDEO] Suami ‘tapis’ baju Neelofa sebelum keluar rumah

“SELAGI tak nampak susuk badan, bentuk paha, betis atau tudung dilabuhkan, maknanya okey.”

Itu respons usahawan selebriti terkenal, Neelofa berikutan dakwaan netizen pemilihan pakaiannya tidak bersesuaian dengan imej wanita berniqab.

Tegas Neelofa itu hanya tanggapan segelintir pihak kerana sebagai seorang isteri dia sentiasa mendahulukan pendapat suami dalam segala hal termasuk  dalam soal pemilihan pakaian setiap kali keluar dari rumah.

“Setiap kali saya keluar rumah, saya akan dapat ‘green light’ suami dan kalau ada yang dia tegur misalnya singkat pada bahagian belakang, saya akan tukar.

“Kalau suami saya kata okey, saya keluar. Bagi saya selagi tak nampak susuk badan, bentuk peha, betis atau tudung dilabuhkan, maknanya okey,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Disney X Naelofar, hari ini.

Terdahulu,  aplikasi TikTok pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 34 itu ‘diserang’ netizen yang mendakwa pakaian digayakannya kurang sesuai dengan imej berpurdah.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, segala kecaman yang singgah di laman sosialnya diterima dengan hati terbuka dan melihatnya dari sudut positif.

“Biarlah, kalau anda tutup mata pun orang tetap akan kecam. Tudung kena dilabuhkan, tutup bahu dan bermacam-macam lagi kutukan.

“Kita cuba lakukan yang terbaik untuk jadi lebih baik, (tapi) kalau orang nampak kekurangan dan kesilapan serta tegur dengan baik, Alhamdullillah.

“Kita pun banyak benda nak belajar lagi. Saya pun ada pasangan yang sentiasa bantu saya,” ulasnya tenang.

Neelofa kini sudah bersedia untuk kembali aktif dalam dalam dunia seni.

Sementara itu, Neelofa turut menzahirkan hasrat untuk kembali aktif dalam dunia seni selepas melahirkan putera keduanya, Abdullah Abbas pada 11 Julai lalu.

“Saya sudah mula bekerja dan pada minggu pertama September semakin agresif, cuma sekarang musim anak-anak sakit, jadi kena duduk rumah pula jaga anak.

“Saya akui menjaga dua anak lebih mencabar, namun sekarang ada jururawat malam yang datang untuk bantu menjaga Abbas.

“Bulan pertama saya jaga anak sendiri walaupun ada pembantu, tapi selepas sebulan saya rasa tak boleh. Jadi saya minta suami untuk cari jururawat malam,” katanya.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Bilal serta Abdullah Abbas. – HIBGLAM

@cahayabungabiru16 Ladyboss back in action ? #neelofa #neelofaharis #ilofayou #ladyboss #naelofar #gofar #fyp #fypage ♬ оригинальный звук – ? ? ? ? ?.? ? ?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok