Si cantik Nana yang ‘gila’

SELEPAS mencuri perhatian menerusi filem Confession dan The Swindlers, si jelita Nana atau nama sebenarnya, Im Jin-ah kembali menjadi topik hangat apabila muncul dengan siri sensasi Netflix, Mask Girl.

Menerusi naskhah gelap fantasi yang bersiaran sejak 16 Ogos lalu itu, dia bukan lagi figura seni yang diberi jolokan ‘Barbie Korea Selatan’sebaliknya tampil dengan imej berbeza 360 darjah.

Menjiwai watak wanita yang tidak yakin dengan rupa paras sehingga sanggup melakukan pembedahan plastik dan meningglkan kerja di pejabat untuk menjadi pelayan kelab malam, lakonan hebat Nana mendapat pujian pelbagai pihak.

Bagaimanapun, ada juga yang menzahirkan rasa tidak selesa kerana Nana dikatakan terlalu ganas dan berani dalam siri itu.

Apatah lagi dengan adanya adegan yang memperlihatkan bahagian belakang pelakon tinggi lampai itu tanpa seurat benang ketika melalui pemeriksaan di penjara.

Biarpun ada yang beranggapan tubuh yang dipamerkan itu bukan Nana, penonton tetap mempersoalkan tentang keperluan babak berkenaan dalam drama tersebut.

Sudah lama menantikan peluang berkerja di bawah arahan Kim Young-hoon dan hasrat itu dapat direalisasikan menerusi siri Mask Girl.

Menjawab persoalan ramai, pengarah Mask Girl, Kim Young-hoon mengesahkan babak bogel tersebut dilakonkan sendiri Nana bahkan aktres itu mengakui lakonan yang dipersembahkan melangkaui jangkaannya.

“Ya, babak bogel itu dilakukan sendiri Nana tanpa diganti oleh mana-mana pelakon lain.

“Ada satu adegan Nana tersenyum licik selepas pergaduhan dengan muka berlumuran darah.

“Skrip hanya tulis ‘Moni tersenyum’ tetapi apabila dia lakonkan, saya cakap dalam hati, ‘wah dia gila’. Dia buat saya mengaguminya,” ujar Kim.

Sementara itu, Nana berkata tarikan utama untuknya membintangi Mask Girl adalah kerana Kim Young-hoon.

“Saya peminat Kim Yong-hoon dan sudah semestinya tawaran berlakon di bawah arahannya umpama mimpi jadi kenyataan.

“Tambahan pula, pihak Netflix memaklumkan drama ini berkonsep berat tetapi ada emelen baharu dan segar diterapkan.

“Itu membuatkan saya teruja untuk menerima tawaran ini. Pendek kata, tiada alasan untuk saya menolaknya,” katanya.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://kosmo.com.my.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok