Rambut perang, Raja Atiq dilabel jahil, jauh tersasar

DISEBABKAN menukar warna rambutnya daripada hitam menjadi perang, pelakon Raja Atiq  ‘diserang’ peminat yang kecewa dengan tindakannya.

Malah, pelakon yang pernah bergelar bekas pelajar sekolah tahfiz itu turut dilabel sebagai jahil oleh pengikutnya gara-gara dilihat seperti sudah jauh tersasar daripada imejnya sebelum ini.

Kasihan Diva tengok Raja Atiq teruk dihentam peminat. Mana tidaknya, sebelum ini dia yang popular menerusi watak Amirul dalam drama Nur sering digambarkan sebagai pelakon yang mempunyai imej bersih.

Namun, sejak akhir-akhir ini, semakin berubah penampilan Raja Atiq apabila sudah berani mengenakan seluar pendek dan menayang badannya yang berotot.

Asalkan hati Raja Atiq kental, sudahlah. Tapi setahu Diva, pelakon berwajah ‘jambu’ itu memang pantang diusik orangnya. Boleh tahan juga kuat melenting.

DIVA: Sebenanya pelakon Amy Nurtinie belum bertudung. Penampilannya manis berhijab baru-baru ini adalah permintaan penganjur sebuah majlis. 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok