Ramai menangis kerana Man In Love

SIAPA sangka paparan kisah seorang pengutip hutang mampu membuatkan penonton menangis tersedu-sedan?

Bermula dengan Meng-cheng lakonan Roy Chu ingin mengutip hutang tetapi jatuh cinta dengan Hao Ting (Ann Hsu) yang merupakan anak kepada si pemiutang.

Meng-cheng kemudian bersetuju untuk menanggung semua bil dan perbelanjaaan perubatan bapa Hao Ting.

Kisah cinta mereka bertukar tragis apabila Meng-cheng dipenjara atas kegiatan jenayah sebelum disahkan menghidap penyakit kronik.

Netizen tidak menyangka filem yang berlatarkan kehidupan seorang gengster mampu membuatkan air mata bercucuran  jatuh.

“Ingatkan filem ganas, rupa-rupanya menangis teresak-esak.

“Mantap betul jalan cerita. Banyak kesedaran juga sebenarnya,” komen netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok