Positif Covid-19, Han So-hee kian pulih

SAKIT seluruh badan serta kerap pening kepala menjadi tanda-tanda awal sebelum pelakon jelita Han So-hee disahkan positif Covid-19.

Perkara tersebut dikongsi label pengurusannya, 9ato Entertainment yang turut memaklumkan So-hee kini menjalani tempoh kuarantin di rumahnya.

So-hee mula berasa tidak sedap badan ketika berada di set penggambaran musim kedua siri asal Netflix, Gyeongseong Creature dan disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian kendiri.

“Dukacita dimaklumkan Han So-hee telah dijangkiti Covid-19, harap semua peminat jangan risau kerana dia beransur pulih dan sedang berehat di rumah.

“Mohon doakan kesihatan idola kalian kembali pulih seperti sedia kala dan teruslah menyokong karier So-hee,” kata wakil 9ato Entertainment.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok