MINGGU lalu, pemilik nama lengkap, penyanyi Faizal Tahir akhirnya melangsaikan ‘hutangnya’ buat peminat dengan kemenjadian konsert solo sulungnya, Aku Faizal Tahir Live in Kuala Lumpur di yang berlangsung di WTC, Kuala Lumpur.
Membuktikan taringnya masing berbisa menerusi kejayaan persembahan mega itu, pelantun lagu Mahakarya Cinta itu mengakui pernah digam atau diboikot beberapa kali ketika karier memuncak mendewasakan dirinya sebagai seorang manusia dan penghibur.
“Memang awal-awal bergelar anak seni adakalanya saya hanyut. Waktu itu saya muda dan ramai peminat. Ketika itu saya macamlah bagus sangat. Kononnya yang paling ‘rockstar’.
“Bila semakin dewasa, saya faham yang kita perlu ada rasa rendah diri. Saya masih di sini hari ini pun kerana sokongan dan kritikan yang diterima.
“Bila lihat semua kerjaya saya. Betul, saya pernah buat kesilapan, pernah kena ‘gam’ buat benda yang salah. Saya belajar daripada semua pengalaman dan bersyukur kerana saya diberikan sistem sokongan yang kuat,” getusnya.
Ditemui HibGlam usai berlangsungnya konsert, penyanyi yang terkenal dengan jolokan ‘Superman Malaysia’ itu memaklumkan, dia masih ada ‘kedahagaan’ seperti dahulu, namun disebabkan faktor usia dan status, tidak mungkin akan berbalik kepada apa atau siapa dirinya ketika muda.
“Saya ada anak ramai. Saya tak nak mereka lihat saya memberi contoh yang bukan-bukan dengan merakamkan lagu-lagu seperti dahulu.
“Bukan saya tak boleh tapi memikirkan status dan tanggungjawab sekarang sebagai seorang suami dan bapa kepada tujuh anak,” katanya yang merasakan tidak sesuai lagi tampil dengan lagu cinta dan jiwang. .
Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://kosmo.com.my.