Penangan TikTok, Azimat Cinta kembali tular

SIAPA sangka, lagu yang pernah popular pada 2001 kembali tular dan meledak dalam media sosial baru-baru ini.

Itu yang berlaku terhadap lagu Azimat Cinta nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila tular dalam aplikasi TikTok sehingga menjadi muzik latar dalam kebanyakan video.

Difahamkan, lagu tersebut mula tular selepas seorang pemilik akaun TikTok bernama Aizat Saha kerap menggunakan Azimat Cinta sebagai muzik latar untuk video-video pendeknya berkisahkan hubungan cinta sepasang kekasih.

Sejak itu, Azimat Cinta ciptaan Adnan Abu Hassan kembali menjadi siulan, malah baru-baru ini Siti turut menyanyikan semula lagu tersebut ketika membuat siaran langsung Instagram selepas mendapat permintaan ramai.

“Sedap sebenarnya lagu Azimat Cinta, underrated sangat.

“Harap Siti akan kerap nyanyi lagu ini dalam mana-mana persembahan nanti,” komen netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok