Orang sebenarnya suka je tengok kita seksi – Baby Shima

MEMANG tak pernah sunyi betul Baby Shima daripada sebarang cerita sensasi.

Baru-baru ini namanya naik lagi apabila dikecam kerana gelek gerudi di sebuah konsert.

Disebabkan gelekan maut dan pakaian dikatakan mencolok mata pada hari itu, automatik akan menerima kecaman teruk, namun dia tidak berdiam diri, dia menyelar semula netizen!

“Jadi, di sini kita tahu, sebenarnya mereka suka sahaja lihat orang pakai seksi.

“Cuma Shima sahaja yang tidak boleh,” katanya.

Apapun, Diva rasa Shima sudah lali dengan kecaman yang bertalu-talu diterima sejak dulu. Maka dia pun tidak ambil kisah sangat semua kata negatif yang dilemparkan.

Lantakkan sahajalah mereka Shima, teruskan bergelek dan hiburkan lebih ramai orang ya.

DIVA: Terngiang-ngiang lagu Azimat Cinta nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza di telinga yang tular kembali ketika ini.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok