Neelofa bersyukur Bilal, Abbas minum susu badan

USAHAWAN selebriti, Neelofa menzahirkan rasa syukur direzekikan merasai nikmat bergelar ibu kepada dua cahaya mata.

Akui Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, pengalaman itu sekali gus membuatkan dirinya lebih menghargai masa bersama keluarga.

“Syukur Ya Allah. Saya memang perlu merasai saat ini. Sangat menghargai diri sendiri sebagai ibu kepada anak dua.

“Syukur mampu menjalani fasa kehidupan menyaksikan tumbesaran kedua-dua anak lelaki saya.

“Terima kasih Allah untuk hadiah ini,” kongsinya dalam hantaran Instagram.

Tangkap layar perkongsian rasa syukur Neelofa di Insta Story miliknya.

Difahamkan, hadiah dimaksudkan bekas pengacara MeleTop itu adalah dikurniakan susu badan secukupnya buat anak-anaknya iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Dalam hantaran tersebut, Neelofa menunjukkan dua botol susu badan yang dipam hampir 500 mililiter (ml).

Neelofa, 34, mendirikan rumah tangga dengan pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Bilal dan Abbas. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok