Nayeon menang saman fitnah

SELEPAS sembilan bulan naik turun mahkamah, Nayeon Twice, akhirnya menang kes saman fitnah yang difailkan ibu bekas kekasihnya.

Keputusan diumumkan Mahkamah Daerah Seoul selepas mendapati tiada bukti kukuh menyatakan Nayeon perlu membayar balik wang yang diberikan kepadanya.

Ibu bekas teman lelaki Nayeon yang hanya dikenali sebagai A bagaimanapun tidak membuat rayuan selepas kalah perbicaraan.

Menerusi sebuah laporan media, Nayeon dikatakan menerima pindahan wang sebanyak RM1.9 juta sekitar 2004 hingga 2016 daripada kekasihnya.

Wang tersebut digunakan untuk bayaran sewa bulanan rumah, hutang, tuisyen dan alat telekomunikasi.

Pada Januari lalu, Nayeon berdepan saman RM2.1 juta daripada ibu bekas kekasihnya itu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok