Mimi Lana ucap bangga, Syafiq balas ‘mini love’

TIDAK jadi kahwin tetapi tidaklah sampai bermusuhan.

Itu situasi yang cuba dibuktikan pelakon cantik, Mimi Lana apabila masih menyokong bahkkan tumpang bangga dengan perkembangan karier seni tunangnya, Syafiq Kyle.

Menerusi perkongsian InstaStory semalam, Mimi, 28, menuai perhatian banyak peminat apabila memuat nak video promosi drama DOH lakonan Syafiq yang bakal ditayangkan dalam platform Tonton tidak lama lagi.

Selain nama Syafiq, rasa bangga tersebut turut dititipkan buat pengarah drama tersebut iaitu Ariff Zulkarnain.

“Saya sangat bangga dengan awak berdua, Ariff Zulkarnain dan Syafiq Kyle,” kata pemilik nama penuh Mimi Rozaiana Zainal Abidin itu ringkas dalam InstaStory.

Tidak berdiam diri, Syafiq seterusnya mengulang siar semula perkongsian Mimi dan turut meletakkan simbol jari dengan ‘mini love’.

Perkara tersebut sekali gus mencetuskan tanda tanya ramai mengenai status hubungan mereka selepas Mimi nekad membatalkan majlis perkahwinan mereka, tidak sampai seminggu sebelum acara yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lalu,

Sehingga kini, masih tiada sebarang penjelasan daripada kedua-dua pihak berhubung konflik pembatalan pernikahan tersebut.

Selain itu, nama Mimi juga menjadi bahan bualan ramai apabila dipetik sebagai pelakon wanita yang dilihat bercumbu dengan seorang aktor lelaki di sebuah kelab malam. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok