Marissa bersihkan cela sendiri, bukan ibu bapa

Anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa menegaskan setiap perkara negatif yang dilakukan adalah atau pilihannya sendiri.

Kata Marissa atau nama penuhnya, Marissa Dania Hakim, 18, setiap perkara yang berlaku dalam hidup akan ditanggung sendiri dan tidak akan ‘dibersihkan’ oleh ibu bapanya.

“Setiap persepi yang anda tidak menggambarkan sepenuhnya tentang realiti kehidupan saya.

“Semua yang berlaku adalah tanggungjawab sendiri,” katanya dalam sebuah hantaran Instagram hari ini.

Jelasnya, Norman dan Abby sudah menjalan tanggungjawab sebagai ibu baopa selama ini dan setiap kesalahan yang dilakukan adalah pilihannya sendiri.

“Ibu bapa saya sudah memberikan yang terbaik selama ini termasuk mendidik, menegur dan menghalang daripada melakukan semua ini.

“Biar saya selesaikan kekecohan ini sendiri dan bukannya ibu bapa saya,” ujarnya.

Sejak semalam, nama Marissa menjadi bahan bualan hangat dalam aplikasi X selepas seorang wanita bernama Umisya mendedahkan anak pasangan pelakon Norman dan Abby Abadi itu sebagai punca keruntuhan rumah tangga dia dan suami dikenali sebagai Aslam.

Difahamkan, pendedahan tersebut juga telah mendapat keizinan daripada ibu bapa Marissa.

Rentetan daripada itu, wajah Aslam turut tular dalam media sosial termasuk beberapa bukti lain seperti resit ‘check in’ hotel dan rakaman suara pihak terlibat. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok