Mamat jadi ‘bahan’, gurauan melampau hos GV10 undang perhatian 

GURAUAN belebihan-lebihan pengacara All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada konsert minggu pertama yang berlangsung malam tadi menjadi bualan ramai.

Paling mencuri tumpuan apabila Nabil Ahmad berseloroh tentang ketiadaan vokalis Exists, Mamat bertanding pada musim istimewa kali ini sedangkan seorang lagi vokal kompulan tersebut iaitu Ezad Lazim berjaya menempatkan diri dalam kalangan 16 peserta.

Situasi bermula apabila pengacara bersama Elly Mazlein bergurau dengan ‘rajuk’ mengapa Mamat tidak bertanding sebaliknya Ezad yang diundi masuk mengisi kekosongan slot musim kali ini.

“Memanglah minat Exists. Ingatkan Mamat,” kata Elly seraya memalingkan wajahnya ke tempat lain dengan liuk manja.

Nabil kemudian mempertahankan Ezad dengan berkata: “Jangan cakap macam tu. Ezad ada kat sini tau. Abang Mamat kita tak dapat sebab dia berada di tempat yang lebih tinggi.”

Gurauan berlapik itu dengan pantas disambut Jihan Muse: “Ah ye, dia (Mamat) tengah hiking.”

Dapat dilihat usai melontarkan kata-kata tersebut, Jihan memberi peringatan kepada Nabil dengan mimik muka tanpa suara sekali kerana gurauan tersebut tidak sesuai untuk tatapan umum program siaran lansung atau ‘live’.

Sekadar info, Mamat atau nama sebenarnya, Mohd. Ali Kamarudin merupakan pemenang tempat ketiga musim pertama GV pada 2014.

Malam tadi bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), 16 bekas peserta GV membuat persembahan konsert minggu pertama demi merebut hadiah lumayan wang tunai RM200,000.

Selain barisan bekas juara, peserta lain yang bertanding atas tiket ‘hot seat‘ adalah Tomok (GV9), Suki Low (GV8), Nikki Palikat, Ezad Lazim (GV2), Zamani (GV5) dan Liza Hanim (GV4). – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok