SUSULAN isu pensohor media sosial, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memaki hamun suami gara-gara meremukkan keretanya, pendakwah bebas Ustaz Wadi Annuar tampil menegur wanita itu.
Menerusi satu video yang dimuat naik dalam media sosial, Wadi dilihat mengucap panjang apabila mengetahui perkara itu.
“Dia maki hamun suaminya. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
“Puluhan ribu orang tahu dia makin hamun sebab dia rakam waktu dia maki hamun suaminya itu,” katanya katanya dalam video terbabit.
Wadi atau nama sebenarnya, Mohamad Wadi Annuar Ayub menegaskan, wanita berstatus isteri tidak cium bau syurga sekiranya berbuat demikian terhadap suaminya.
“Reda seorang isteri itu di tangan seorang suami. Sepertimana reda seorang anak di tangan seorang ibu.
“Kalau tak sempat taubat dan diampunkan Allah SWT, maka nerakalah tempat seseorang itu. Wal iyadzubillаh dengan dosa tersebut,” getusnya.
Terdahulu, Kak KM yang merupakan anak kepada dramatis terkenal, Normah Damanhuri mencetuskan sensasi dalam media sosial apabila memarahi dan memaki hamun suaminya, Razman Ramli.
Wanita itu meluahkan rasa bengang terhadap suaminya iaitu kerana enggan memohon maaf selepas menyebabkan kereta Toyota Alphard miliknyaremuk teruk akibat terlanggar tembok rumah. – HIGLAM