Lisa pecah rekod Spotify

PENYANYI, Lisa terus menunjukkan kecemerlangan dalam liganya menerusi satu demi satu pencapaian.

Kali ini, lagu hit berjudul Money menjadi karya paling lama dimainkan dalam Spotify global.

Hal tersebut sekali gus mengatasi rekod terdahulunya tahun lalu menerusi lagu How You Like That dinyanyikan bersama kumpulannya, Blackpink.

Money terus melakar kejayaan apabila kekal selama 258 hari dalam carta.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok