Lisa pecah rekod lagi

POPULARITI Lisa Blackpink sudah tidak dapat disangkalkan lagi, pengaruhnya sudah mendunia, apa sahaja yang dilakukannya pasti membuahkan hasil yang tidak mengecewakan.

Terbaharu, Lisa sekali lagi mencatat rekod cemerlang dalam platform muzik global apabila lagu solonya berjudul Money menjadi karya pertama penyanyi K-Pop yang melepasi satu bilion penstriman dalam Spotify.

Pencapaian tersebut sekali gus menjadikan Money sebagai lagu sulung artis K-pop dan B-side (lagu tambahan atau kedua) pertama dengan kejayaan terbesar sepanjang zaman.

Money kini bersaing dengan lagu Woman nyanyian asal Doja Cat bagi kategori lagu rap artis solo wanita paling banyak distrim sepanjang zaman dalam Spotify iaitu sebanyak 1.3 billion penstriman.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok