Lisa, CEO jam tangan mewah makin ‘tak segan’ bercinta

Kecoh dalam media sosial apabila media Thailand melaporkan Lisa dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat jam mewah, TAG Heuer, Frédéric Arnault bukan sahaja sedang bercuti bersama bahkan turut berjumpa dengan ibu bapa anggota Blackpink itu di Thailand.

Lebih menguatkan dakwaan, terdapat seorang YouTuber tampil berkongsi Lisa dan Frédéric sedang meluangkan masa bersama di Thailand selain turut menghadiri majlis perasmian perdana TAG Heuer di Siam Paragon.

Menariknya lagi, mereka berdua juga difahamkan turut dilihat menaiki bot di Sungai Chao Phraya ditemani ibu dan bapa Lisa.

Rata-rata peminat menzahirkan rasa teruja melihat perkembangan hubungan pasangan tersebut meskipun kedua-duanya masih belum memberi apa-apa kenyataan.

“Wah, seronoknya tengok hubungan Lisa dan pasangan semakin serius, sampai bawa jumpa ibu bapa lagi, mereka berdua memang dalam fasa bahagia,” komen seorang peminat.

“Frédéric memang seorang lelaki budiman, terus jumpa dengan keluarga Lisa, mereka berdua nampak sangat serasi dan saling melengkapi,” komen seorang lagi peminat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok