Lee Seung-gi buat hal di AS

NAMA pelakon Lee Seung-gi menjadi sebutan peminat di Amerika Syarikat apabila mengubah beberapa lokasi yang sepatutnya dilawati di negara Uncle Sam itu.

Difahamkan, Seung-gi membatalkan lawatan ke beberapa restoran Korea di Atlanta pada saat akhir walhal telah dipersetujui awal bersama syarikat pengurusan pelancongan AS, Hugh Entertainment.

Aktor drama Mouse itu sepatutnya bertemu peminat di tiga restoran terbabit sebagai tanda terima kasih kerana menaja konsertnya.

Bukan hanya gagal muncul atas alasan kesihatan, malah dia turut menolak tawaran menginap di bilik suite Hilton Embassy Suite di kawasan Koreatown di Duluth, Atlanta kerana hotel tersebut tidak menepati cita rasa.

Lebih teruk, Seung-gi turut membatalkan konsert di New York yang sepatutnya dijadualkan pada 2 September lalu dengan alasan tidak menguntungkan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada keputusan itu dibuat Seung-gi atau syarikat pengurusannya, Human Made.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok