Lama hilang, Key masih berbisa

KEMUNCULAN semula anggota kumpulan SHINee, Key mempertaruhkan album mini kedua berjudul Good & Great mendapat perhatian apabila berjaya meraih tempat pertama dalam carta Album Teratas iTunes di 34 negara.

Tidak hanya ‘mendunia’, album tersebut juga kekal cemerlang di Korea Selatan apabila menduduki tempat pertama dalam carta album domestik utama harian, Yes24 sekali gus menundukkan 23 buah lagu lain yang turut tersenarai.

Meskipun Key agak lama menyepi, pengaruh dan popularitinya tidak pernah pudar malah peminat sentiasa menyokong apa jua karya yang dihasilkan bintang K-pop itu.

Kejayaan lagu berkenaan dalam carta muzik antarabangsa menarik minat pencinta muzik global untuk terus menikmati karya dendangan Key dan produk K-Pop secara keseluruhan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok