NAMPAK sihat dan ceria, namun hakikatnya hidup seorang selebriti wanita yang takut hendak Mizz Lahar namakan di sini sedang berdepan gangguan misteri yang memaksanya asyik keluar masuk hospital.
Walaupun disahkan tiada penyakit kronik, situasi sukar tidur malam dan rasa tidak selesa pada bahagian perut membuatkan dirinya sentiasa lemah, selain perlu bergantung kepada ubat tahan sakit.
Sejak setahun lalu juga dia kerap didatangi mimpi menakutkan, selain berdepan gangguan kemunculan entiti di dalam rumah yang berupa bayang-bayang. Tak tahan hidup dalam ketakutan, artis berusia 40-an itu turut menemui pengamal perubatan Islam.
Rupa-rupanya ada benda menumpang, itu yang buatkan dirinya jadi tak tentu hala dan selalu kurang sihat.
Menurut sumber, sekarang artis itu masih dalam fasa berubat selain enggan ambil tahu siapa yang ‘menghantar’ santau kepadanya, lagi pun dia pun sudah lama tidak muncul depan khalayak.
Mizz Lahar: Tumpang gembira tengok perubahan keadaan Andi Bernadee yang dahulunya pernah terkena gangguan misteri kini semakin sihat.