Kwon Eun-bi ambil tindakan undang-undang

SERING menerima komen lucah dan berdepan penyebaran artikel berbaur fitnah, penyanyi Kwon Eun-bi akan mengambil tindakan undang-undang dan mengheret individu terbabit ke muka pengadilan.

Menurut agensi yang menaungi penyanyi tersebut iaitu Woollim Entertainment, mereka menemui banyak komen dan artikel berbaur fitnah, termasuk gangguan seksual, maklumat palsu dan pencerobohan privasi yang disebarkan melalui media sosial.

“Kami menjejaki semua artikel dan komen jahat yang dibuat oleh beberapa individu yang dipercayai mempunyai niat jahat untuk menghancurkan karier Eun-bi.

“Segala maklumat dan bukti telah dikumpul untuk dibentangkan di muka pengadilan kelak, sekali gus memberi pengajaran kepada pelaku yang tidak bertanggungjawab itu.

“Tiada tolak ansur lagi kali ini kerana kes fitnah ini sangat berat dan boleh menjejaskan emosi artis jagaan kami,” tegas agensi tersebut.

Woollim Entertainment juga meminta mana-mana netizen yang menjumpai hantaran mahupun artikel berbaur fitnah mengenai Eun-bi untuk segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak mereka menerusi ke e-mel rasmi untuk tindakan lanjut. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok