Kucup peminat, Bibi tolong hentikan!

MESKI sudah menjadi kelaziman, tabiat Bibi mencium peminatnya dalam setiap persembahan hangat diperkatakan netizen.

Dalam sebuah konsert baru-baru ini, pelantun lagu Jotto itu mencium mulut peminat perempuan sebagai tanda penghargaan.

Babak panas itu bagaimanapun tidak disenangi penontont walaupun peminat terbabit merelakan perbuatan itu.

“Kita tidak tahu tahap kebersihan individu tidak dikenali yang dicium. Tidak faham bagaimana Bibi boleh melakukannya,” kata netizen.

“Saya berharap setiap artis berhenti mendekati peminat ketika melakukan konsert, sangat bahaya,” ujar peminat yang lain.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok