Kim Seo-ho layak digilai

BIARPUN bukan artis Korea Selatan pertama yang menjejakkan kaki di negara ini, tetapi momen satu malam persinggahan aktor Korea Selatan, Kim Seon-ho di ibu negara baru-baru ini meninggalkan memori indah di hati penggemar.

Tampil dalam sesi bertemu peminat di Mega Star Arena Sg Wang, sebelum menyertai acara tersebut, penulis terdetik, apakah nilai utama menyebabkan bintang The Childe itu berada pada tahap populariti yang tinggi.

Barangkali, senyuman menawan serta wajah comelnya yang menjadi bonus serta daya tarikan hingga digilai ramai.
Sebaik bertentang mata, barulah penulis sedar, rupa-rupanya perkara utama membuatkan lelaki tampan itu diminati ramai disebabkan karakternya yang mudah mesra selain pandai melayan peminat.

Pujian perlu diberikan kepada pasukan Seon-ho iaitu pihak penganjur PUPL Live World dan Happee Hour yang menyediakan pelbagai aktiviti ketika perjumpaan dengan peminat di Malaysia baru-baru ini.

Antaranya adalah permainan tradisional, sukan bersama peminat dan melukis.

Aktor yang dikenali dengan nama Hong Bang-jang itu sangat mesra berkomunikasi dengan peminat pada acara One Two Three, Smile yang diadakan di Mega Star Arena, baru-baru ini.

Selain menikmati keindahan tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur, Seon-ho mengakui jatuh cinta apabila mencuba pelbagai juadah tempatan seperti cendol, teh tarik dan nasi lemak.

“Saya sangat suka makan cendol. Rasanya sama seperti bingsu. Tekstur cendol berwarna hijau seperti jeli membuatkannya lebih menarik.

“Selain itu, saya juga sudah minum teh tarik dan makan nasi lemak. Ramai yang meminta saya cuba keunikan sambalnya yang seakan-akan gochujang (cili pes Korea),” seloroh lelaki berlesung pipit itu ambil tertawa.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://kosmo.com.my.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok