Kim Se-jeong jadi penyanyi kerana IU

Penyanyi Kim Se-jeong mendedahkan penyanyi IU menjadi faktor yang mendorongnya untuk menjadi seorang penyanyi.

Jelas Se-jeong, ketika berpeluang bertemu dengan penyanyi pujaannya itu, secara automatik dia berasa gugup bahkan berkelakuan janggal gara-gara terlalu gementar.

“Saya sangat sukakan IU, saya boleh makan dengan dia tetapi tidak boleh beramah mesra dengannya. Semakin saya rapat dengannya, semakin pelik kelakuan saya kerana berasa sangat segan.

“Saya sudah lama menjadi peminat tegar IU, sayalah peminat nombor satunya. Semua lagunya saya hafal malah menjadi lagu wajib ketika saya berkaraoke.  Dialah penyebab saya mahu jadi penyanyi.

“Ketika di universiti, ada tugasan yang menuntut pelajar membuat satu projek tentang kisah hidup penyanyi idola, saya buat tentang IU dan mendapat markah penuh kerana huraian saya sangat lengkap,” jelasnya menerusi sebuah rancangan temu bual.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok