Kep1er ke Poland tanpa Yeseo

SECARA tiba-tiba tahap kesihatan anggota kumpulan Kep1er, Yeseo memburuk dan dinasihatkan berehat daripada menyertai sebarang aktiviti.

Berita sedih itu dimaklumkan agensi kumpulan itu, Wakeone dan Swing Entertainment susulan ketiadaan penyanyi berusia 18 tahun itu di fesival muzik di Poland.

“Disebabkan masalah kesihatan Yeseo yang memburuk, dia tidak dapat hadir ke Kpop Nation x Korea Music Festival 2022 di Poland.

“Bagaimanapun, lapan ahli lagi tetap meneruskan acara seperti dalam jadual tanpa kehadiran Yeseo,” kata wakil agensi dalam sebuah kenyataan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok