[VIDEO] Kekok peluk Aedy dalam Tebus – Ahirine

PENGALAMAN bekerja dengan aktor Aedy Ashraf menerusi filem Tebus cukup menyenangkan bagi pelakon cantik Ahirine Ahirudin kerana mudah mencipta keserasian antara mereka.

Kata Ahirine, 27, itu mungkin disebabkan mereka banyak melakukan aktiviti bersama sepanjang sebulan menjalani penggambaran di Sarawak.

“Bekerja dan bergandingan dengan Aedy sangat mudah, keserasian antara kami juga senang terjalin di set penggambaran.

“Kami sangat profesional dan sering berkongsi pengalaman termasuk melakukan pelbagai aktiviti bersama seperti main game dan tengok wayang,” katanya kepada HibGlam selepas tayangan filem Tebus baru-baru ini.

Ahirinie bagaimanapun mengakui berasa kekok menjayakan babak romantis bersama aktor itu apaah lagi untuk aksi berpelukan sehingga ditegur pihak produksi. .

“Sebenarnya agak kekok juga melakonkan babak romantis terutamanya ketika ada adegan memerlukan saya peluk Aedy.

“Waktu pertama kali babak tersebut dilakukan, saya peluk dia macam jantan (gaya lelaki), sangat ‘bro-bro’ sebelum diminta  ulang semula aksi tersebut.

“Selepas kena tegur dengan pengarah, baharulah pelukan dan gaya saya nampak lembut sikit,” jelasnya.

Selain Ahirine dan Aedy, Tebus turut dibintangi Idan Aedan, Azhan Rani dan Jay Iswazir.

Tebus merupakan terbitan syarikat produksi tempatan, Vian Media Sdn Bhd, yang disiarkan menerusi platform penstriman over the top (OTT) terkemuka Amerika Syarikat (AS), Prime Video sejak 31 Ogos lalu. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok