Kang Dong-won masuk agensi sendiri

MAHU bebas dan enggan lagi terikat dengan sebarang peraturan dalam agensi, pelakon Kang Dong-won memutuskan untuk mencipta laluan baharu dalam industri dengan menubuhkan agensi sendiri.

Hasrat tersebut terealisasikan setelah kontrak eksklusif selama tujuh tahun dengan YG Entertainment berakhir pada Disember tahun lalu.

Jelas Dong-won, agensi miliknya kelak akan bertindak dalam mengurus jadual dan perangkaan kerjayanya sahaja, namun pada masa sama tidak menolak kemungkinan untuk menaungi lebih ramai bakat baharu kemudian hari.

“Kami memulakan agensi ini asalnya untuk pengurusan peribadi, maksudnya hanya untuk saya sendiri, tetapi kami terbuka dan bersedia untuk berkembang pada masa hadapan dengan merekrut lebih ramai bakat.

“Saya percaya, dengan pengalaman dan bantuan mereka yang pakar dalam pengurusan artis, ramai bakat baharu akan menyinar dalam industri muzik menerusi agensi ini,” jelasnya. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok