Jungwoo kini duta Tod

KETAMPANAN dan daya tarikan anggota kumpulan NCT, Jungwoo melayakkan dirinya dipilih sebagai duta jenama mewah Itali.

Pelantikan tersebut secara tidak langsung menjadikan penyanyi berusia 25 tahun itu duta lelaki pertama jenama Tod untuk pasaran Korea Selatan.

Perkara tersebut diumumkan pihak Tod dalam Instagram mereka yang memaparkan foto rasmi Jungwoo.

Dalam hantaran tersebut, anak seni kelahiran Senbon-dong, Gunpo, Korea Selatan itu dilihat menggayakan beg dan loafer hitam Tod.

Tod sangat teruja bekerjasama dengan Jungwoo selain berjanji melibatkan penyanyi itu dalam semua aktiviti promosi di Korea Selatan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok