Jual tiket haram, peminat IU ‘kantoi’

KEGHAIRAHAN individu tidak bertanggungjawab yang mahu mengaut untung daripada penganjuran IU Fan Concert I+UN1VER5E menerusi penjualan tiket secara haram berjaya dibendung.

Pihak penganjur memaklumkan mereka mengesan sebanyak 12 transaksi bayaran membabitkan tiket haram.

Agensi penyanyi itu, Edam Entertainment juga sudah mengambil tindakan kepada ahli kelab peminat IU yang terlibat.

Hal demikian dilakukan apabila mereka dapat mengesan terdapat aktiviti dilakukan yang turut membabitkan urusan penjualan semula tiket yang tidak sah itu kepada umum.

Konsert IU Fan Concert I+UN1VER5E berlangsung di Seoul, Korea Selatan selama dua hari pada 23 dan 24 September lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok