[VIDEO] Jatuh tandas, tengkuk Anzalna cedera 

PELAKON jelita,  Anzalna Nasir kini dirawat di sebuah pusat perubatan swasta selepas jatuh di tandas kediamannya pada Sabtu lalu.

Rentetan daripada insiden tersebut, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, 35, mengalami kecederaan pada bahagian tengkuk.

“Jatuh di tandas pada Sabtu lalu, nasib baik suami ada di rumah ketika itu.

“Sekarang terlantar di hospital kerana cedera di tengkuk,” katanya.

Pelakon drama Dendam Aurora itu turut memaklumkan sudah melakukan ujian imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) bagi mengetahui keputusan kesihatan secara lebih menyeluruh.

“Saya sudah lakukan ujian MRI tetapi keputusannya belum keluar lagi.

“Apapun, doakan saya cepat sembuh daripada kesakitan ini,” ujarnya.

Terdahulu, suaminya, Hanif Zaki memuat naik video memaparkan Anzalna berada di atas kerusi roda selain meminta orang ramai mendoakan kesihatan isterinya.

“Akan sentiasa dengan awak. Tolong doakan Anzalna ya semua.

“Semoga diberikan kesembuhan seperti biasa, sayang awak,” katanya dalam ruangan kapsyen. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok