J-Hope budiman, hiburkan pusat haiwan terbiar

TERKENAL dengan sikap prihatin, anggota kumpulan BTS, J-Hope menjadi bualan peminat apabila dilihat bermurah hati menghiburkan petugas di sebuah pusat haiwan terbiar.

Perkara tersebut didedahkan Veterinarians Careing For Abandoned Animals (VCAA) yang memaklumkan penyanyi popular itu menghantar sebuah trak makanan kepada doktor haiwan dan sukarelawan ke pusat kendalian mereka.

Bukan sahaja VCAA, pertubuhan hak asasi haiwan turut menerima sumbangan yang sama daripada pemilik nama lengkap Jung Ho-seok itu.

Trak makanan dan minuman dihantar sendiri ibunya bersama ahli kelab peminatnya iaitu Carry Hope.

Ini bukan kali pertama J-Hope melakukan aktiviti kebajikan. Dia pernah mendermakan duit untuk kerja membaik pulih tempat perlindungan anjing jalanan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok