Isu rokok, netizen pertahan Jungkook

“DIA sudah dewasa. Siapa peduli jika dia merokok sekali pun kerana perbuatan tersebut tidak menjadi satu kesalahan jenayah.”

Itu antara komen peminat yang mempertahankan penyanyi kesayangan mereka, Jungkook apabila fotonya sedang merokok tersebar ketika kunjungan di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Dalam gambar tersebut jelas kelihatan ahli kumpulan BTS itu memegang sebatang rokok sambil berbual dengan rakannya.

GARA-gara merokok ketika berada di Los Angeles baru-baru ini, Jungkook dikecam netizen dan dianggap tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Selepas aksi yang dirakam semasa berada sebuah restoran popular bersama selebriti Hollywood itu tular, pelbagai reaksi buruk diterima pelantun lagu Seven itu.

Ada menyifatkan Jungkook sebagai artis yang menjalani kehidupan tidak sihat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok