Isteri saya hamil lima bulan – Caprice

PENYANYI rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice berkongsi berita gembira isteri tercinta, Farra Inalis kini hamil lima bulan.

Kata pemilik nama sebenar Ariz Ramli, dia dan isteri bersyukur dikurniakan zuriat selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.

“Alhamdulillah, isteri saya kini hamil lima bulan. Alang-alang semua orang ada di sini, saya kongsikan berita gembira ini.

“Ini bukan rekaan ye,” katanya ketika memberikan ucapan di majlis pelancaran pelantikannya sebagai Duta ThorX, hari ini.

CAPRICE bersama pengasas ThorX, Dr Aizul Hafizi.

Tambah pempengaruh media sosial sensasi itu, rezeki terbabit hadir tepat pada masanya.

Bahkan, perkhabaran gembira itu diterima serentak dengan tawaran sebagai duta suplemen prestasi dalaman lelaki Thorx.

“Sebelum ini saya bukan tidak mahu anak, tetapi disebabkan jadual kerja yang padat dan komitmen terhadap perniagaan serta hal kemasyarakatan, hal tersebut saya tangguhkan dahulu.

“Selain itu, seperti mana yang semua orang tahu saya terlalu sibuk menyelesaikan masalah masyarakat. Kiranya ini masa tepat untuk kami timang cahaya mata,” katanya lagi.

Caprice mendirikan rumahtangga dengan Farra Inalis, 28, yang juga usahawan pada 15 November 2021.

Menerusi perkahwinan terdahulu, wanita asal Kelantan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Aleesya Sofea yang kini berusia lapan tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok