290
PADA awalnya, penyanyi, Irene berkongsi khabar duka buat peminat di Indonesia apabila tidak dapat menjayakan persembahan di sana atas faktor kesihatan.
Namun, atas rasa tanggungjawab, ahli kumpulan Red Velvet itu membuat kejutan apabila membuat kemunculan mengejut pada konsert SM Town di Jakarta.
Rupa-rupanya, pemilik nama sebenar Bae Joo-hyun itu tidak mahu mengecewakan peminat walaupun masih belum pulih sepenuhnya.
Sebelum ini, timbul spekulasi Irene tidak berkunjung ke Indonesia disebabkan dia tidak lagi bersama dengan Red Velvet.
Difahamkan, Irene sedang mempertimbangkan semula pembaharuan kontrak untuk bersama Red Velvet.