Iman Troye, Fazziq Muqris sepadan

SAMA cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua. Begitulah gambaran netizen apabila penyampai radio dan pelakon, Fazziq Muqris berkongsi gambar bersama penyanyi, Iman Troye.

Dalam perkongsiannya, pelakon siri Projek: High Council itu dilihat tersenyum manis apabila dapat bergambar dengan Iman.

Malah, Fazziq juga sempat mengusik Iman tentang makana kegemaran iaitu burger. ‘Bersemut’ diva lihat keserasian Fazziq dengan Iman.

Bukan sahaja Diva, malah netizen juga teruja dan menganggap kedua-dua pasangan itu sesuai jika berkasih.

“Comelnya dua orang ini.”

“Eh! Macam sesuai pula.”

“Memang sepadan,” demikian antara komen netizen.

Tak pastilah apa status mereka tapi khabarnya Iman sudah pun ada teman lelaki. Takutlah juga disebabkan kisah ini, tak pasal-pasal perang pula mereka.

DIVA: Lawa betul dres bunga raya Aina Abdul ketika membuat persembahan malam Ambang Merdeka baru-baru ini.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok